Soal politik kemudian… Syed Saddiq mahu fokus bina rumah tangga terlebih dahulu

Soal politik kemudian… Syed Saddiq mahu fokus bina rumah tangga terlebih dahulu


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman belum memikirkan soal kembali menerajui parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) selepas beliau kekal dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Sebaliknya, Syed Saddiq berkata, beliau kini mahu memberi tumpuan kepada fasa baharu dalam kehidupan iaitu membina rumah tangga selepas lebih sedekad memberikan komitmen sepenuhnya dalam arena politik.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas perjalanan politik yang bermula sejak 2014 menyaksikan beliau tidak pernah berhenti memperjuangkan perkara yang diyakininya.

“Sejujurnya sekarang saya mahu fokus membina rumah tangga terlebih dahulu. Ini bukan jawapan selamat, ini jawapan yang jujur dan ikhlas, memang daripada hati ke hati.
“Sejak saya mula berpolitik pada 2014 atau 2015, saya tidak berhenti. Dalam tempoh itu bukan saya seorang melaluinya, satu keluarga lalui perkara sama,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Muar, hari ini.

Kredit Foto: Alias Abd Rani

Pada November 2023, Syed Saddiq mengumumkan keputusan mengosongkan jawatan Presiden MUDA bagi memberi ruang kepada dirinya membersihkan nama susulan sabitan hukuman yang dihadapinya ketika itu.

Artikel lain: Bella Astillah pecah rekod peribadi! Tamatkan larian 17KM sebagai tanda sokong tunang

Beliau turut memaklumkan tidak akan terbabit secara langsung dalam politik MUDA sepanjang proses perbicaraan mahkamah berlangsung, namun kekal menyokong parti berkenaan sebagai ahli.

Dalam pada itu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan akan terus menjalankan amanah diberikan pengundi Muar.

“MUDA hari ini dipimpin oleh Amira Aisya (Abd Aziz). Ini bukan soal parti milik saya sahaja kerana ada proses pemilihan yang perlu dilalui,” katanya lagi.

Syed Saddiq berkata, tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen serta ahli biasa MUDA akan terus dilaksanakan selagi Parlimen belum dibubarkan.

Sumber: FB Sinar Harian 





Source link

OR

Scroll to Top