July 15, 2024

Solekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah Ini – Hijabista

Solekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah Ini – Hijabista

Bagi para hijabi yang gemarkan kesederhanaan dalam solekan tetapi cukup berseri dengan aura semulajadi, mungkin anda patut cuba solekan mata klasik ini untuk kelihatan natural dengan rona-rona tanah dan neutral.

Solekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah IniSolekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah Ini
Kredit Foto: Love Happens Mag

Hijabista kongsikan tip untuk solekan mata klasik yang mampu menaikkan keserian mata agar ianya lebih cantik dan tampak natural tanpa solekan yang berlebih-lebihan.

Solekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah IniSolekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah Ini

LANGKAH 1 : Pembayang Mata

Anda perlukan tiga warna pembayang mata iaitu tona tanah yang cerah, sederhana cerah dan gelap. Sapukan tona cerah bermula dari garisan bulu mata sehingga ke bawah kening.

Kemudian, sapukan pembayang mata dengan tona sederhana cerah. Tona sederhana cerah adalah definisi kepada warna natural, jadi anda tidak perlu meratakan pembayang tersebut.

Untuk tampak lebih gelap, sapukan pembayang mata tona gelap di garisan mata yang berkedut untuk menampakkan pembayang mata tersebut sekata dengan warna cerah tadi.

Solekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah IniSolekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah Ini
Kresdit Foto: KIKO COsmetics

LANGKAH 2 : Penggaris Mata

Gunakan penggaris mata yang berona gelap untuk menggariskan sepanjang hujung kelopak mata.

Pastikan garisan yang anda oles menggunakan penggaris mata pada bahagian atas kelopak mata dan bawah garisan bulu mata bertemu pada hujung mata.

Juga pastikan penggaris mata itu tersebut kering kerana jika tidak ia akan menyebabkan penggaris mata comot di sekitar kelopak mata.

Solekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah IniSolekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah Ini
Kredit Foto: Ulta Beauty

LANGKAH 3 : Maskara

Gunakan pelentik bulu mata sebelum memakai maskara.Oles maskara bermula dari akar bulu mata sehingga ke penghujung bulu mata.

Sapu beberapa lapis maskara agar bulu mata tampak lebih lentik dan tebal.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


OR

Scroll to Top