mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan kes kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
SPRM dalam kenyataan berkata, tujuh individu itu ialah Liang Hwa Keong, 68, beralamat terakhir di No 2 & 3, Jalan Jambu Gajus 2, Jinjang Selatan; Kong Sian Chee, 57, beralamat terakhir di 780, Kampung Melayu, Rawang, Selangor; Leong Thien Poh, 63, beralamat terakhir di B1-10 Jalan Mawar 17, Taman Mestika, Cheras.
Turut dikesan ialah Ong Chee Heong, 60, beralamat terakhir di No 28 Jalan 1J, Taman Jati, Rawang, Selangor; Lim Hoon Woon, 48, beralamat terakhir di Lot 270, Desa Aman Batu 11, Sungai Buloh, Selangor; Teng Wan Peng, 50, beralamat terakhir di No 35 Batu 7 ½, Kampung Suria, Jalan Besar, Kepong, dan Teng Wan Loong, 51, beralamat terakhir di 5-S, Tingkat 3 Bilik 5, Desa Satu Apartment, Jalan Desa Aman Puri, Desa Aman Puri.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Penguasa Khairul Ariffin Ghazali di talian 012-3235996 atau emel kepada khairulariffin@sprm.gov.my.
© New Straits Times Press (M) Bhd