Sze Fei-Izzuddin ke pentas final Masters Malaysia, sekat Aaron-Wooi Yik

Sze Fei-Izzuddin ke pentas final Masters Malaysia, sekat Aaron-Wooi Yik


Sze Fei-Izzuddin mara ke pentas final Masters Malaysia. Foto Bernama

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengesahkan slot ke perlawanan akhir kejohanan badminton Masters Malaysia selepas menewaskan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.

Pada aksi yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, Sze Fei-Izzuddin mempamerkan permainan kemas untuk menundukkan beregu nombor dua dunia itu dengan keputusan straight set 21-18, 21-12.

Keputusan tersebut merupakan kemenangan ketiga Sze Fei-Izzuddin ke atas Aaron-Wooi Yik daripada sembilan pertemuan secara keseluruhan.

Menanti Sze Fei-Izzuddin di perlawanan akhir pada Ahad ialah sama ada satu lagi gandingan negara, Wan Mohd Arif Wan Junaidi-Yap Roy King atau beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard yang akan beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir sebentar lagi.



Source link

OR

Scroll to Top