Pelakon Azhan Rani berkata apabila ada isu melibatkan cikgu disaman serta perlu meminta maaf kepada masyarakat baginya ia perkara yang menghiris hatinya.
Difahamkan, hantaran Azhan itu berkenaan isu membabitkan dua guru yang disaman dan diarahkan memohon maaf selepas didakwa mendisiplinkan pelajar mereka.
BACA: Usia Cecah 50 Tahun, Azhan Rani Belum Sedia Kahwin
“Tak tau la apa kisah sebenar isu ini. Tapi sampai cikgu disaman dan kena minta maaf dekat masyarakat sesuatu yang menghiris hati aku. Semoga guru masih lagi di tempat tertinggi yang selayaknya,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Azhan turut memberikan pilihan secara sindiran buat ibu bapa yang tidak percaya dengan sekolah serta guru yang mendidik anak mereka.
Menurutnya, jika ada ibu bapa sedemikian lebih baik jika buka sekolah sendiri dan menjadi guru kepada anak-anak ataupun hantar saja anak ke spa untuk memanjakan ‘diri’.
“Simpan je anak dalam peti ais kalau tidak nak dia calar-balar langsung. Balut anak dengan plastik gelembung kemudian letak pelekat ‘fragile’ di dahinya.
“Buka sekolah sendiri, jadi guru dan pengetua kepada anak itu. Berhenti hantar anak ke sekolah, hantar sahaja ke spa yang boleh manjakan seluruh tubuh dia lima kali seminggu,” katanya.






