Tat Meng tekad bangkit lebih kuat

Tat Meng tekad bangkit lebih kuat


Status dikongsikan Tat Meng di laman sosialnya pada Jumaat.

BEKAS jurulatih badminton negara, Wong Tat Meng meluahkan penghargaan mendalam kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Majlis Sukan Negara (MSN) atas sokongan diterimanya ketika menjalani rawatan pemulihan di Sydney, Australia selepas terbabit dalam kemalangan motosikal bulan lalu.

Menerusi hantaran pada Jumaat, jurulatih berusia 58 tahun itu mengakui amat tersentuh menerima kiriman bunga dan ucapan semangat daripada Hannah serta MSN, yang disifatkannya memberi kekuatan baharu untuk terus berjuang memulihkan diri.

“Saya benar-benar terharu dengan sokongan dan dorongan yang diberikan ketika menjalani pemulihan di sini.

“Sokongan ini memberi saya semangat untuk kekal positif dan berusaha keras ke arah pemulihan sepenuhnya.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk kembali pulih dan bangkit lebih kuat,” tulisnya.

Sebelum itu, Hannah menerusi platform media sosial turut menitipkan ucapan, “Semoga cepat sembuh jurulatih Tat Meng. Saya mendoakan agar anda segera pulih sepenuhnya,” sebagai tanda keprihatinannya.

Tat Meng kini menjalani rawatan susulan selepas mengalami kecederaan setelah terlibat kemalangan di New South Wales pada 7 September lalu.

Tat Meng sebelum ini menghadirkan impak positif dalam arena badminton negara apabila membimbing pemain perseorangan Lee Zii Jia meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

Ringkasan AI

  • Bekas jurulatih badminton negara, Wong Tat Meng, mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, serta Majlis Sukan Negara atas sokongan mereka selepas kemalangan motosikal
  • Wong Tat Meng menerima kiriman bunga dan ucapan semangat dari Hannah Yeoh dan MSN semasa pemulihan di Sydney
  • Sokongan tersebut membantu Tat Meng kekal positif dan berusaha keras untuk pemulihan sepenuhnya
  • Hannah Yeoh menitipkan ucapan semoga cepat sembuh melalui media sosial
  • Tat Meng menjalani rawatan susulan di New South Wales selepas kemalangan pada 7 September dan pernah membimbing Lee Zii Jia meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024



Source link

OR

Scroll to Top