Pelakon Shahziey Sam mendedahkan keadaan kesihatan abang iparnya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin sudah terjejas sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Memetik Sinar Harian, Sam berkata kali terakhir mereka berjumpa hari terakhir sebelum mengundi dan melihat abang iparnya dilihat penat.
BACA: “Selama 16 Tahun Saya Melihat Kebaikan Arwah Suami” – Zizie Izette
“Sebelum ini kan kempen PRN, jadi daripada situ memang dah nampak dia dah tak sihatlah. Kami berjumpa hari terakhir sebelum mengundi dan memang saya di sini, memang setiap kali pilihan raya saya akan datang sokong serta bantu kempen.
“Jadi masa hari terakhir berkempen, sebelum mengundi memang nampak dia tak macam dulu, tenaga (kurang) dia nampak penat. Yang mengejutkan fasal semalam bila dengar memang betul-betul teruk,” katanya.
Sementara itu, Sam berkata meskipun arwah abang iparnya dilihat lantang di parlimen namun menyifatkan ahli politik itu sangat lembut di rumah sepanjang 16 tahun perkahwinan bersama kakaknya.
“Apa yang kita nampak dia di parlimen itu bukan dia, macam mana agresif kita nampak dia di parlimen dia ‘pumpang-pumpang’, kalau di rumah dia seorang yang sangat berbeza.
“Sangat berbeza, nak dengar dia tinggi suara, nak dengar dia marah di rumah tak pernah. Saya rasa berbelas tahun ini, apa yang kita nampak dia di parlimen memang lain, berbeza di rumah. Ya ALLAH Allahuakbar, lembut dengan anak-anak dia baguslah,” katanya.
Dalam pada itu, Sam turut melihat Allahyarham sebagai abang ipar yang sempurna dan pesanan yang paling diingatinya daripada arwah untuk menjaga ibu jika mahu berjaya.
“Bila dia di rumah, dia dengan keluarga sangat lembut. Bila saya ikut dia setiap kali balik kawasan, akan ada orang-orang di kawasan memang nak datang berjumpa dengannya dan dia tak pernah cakap tak boleh, kalau sampai jam 4 pagi pun dia berjumpa dengan orang-orang kawasan.
“Apa-apa hal pun, dia kata nak berjaya jaga mak. Itu saja yang paling Sam boleh ingat sampai sekarang,” katanya.
Sumber & Gambar : Sinar Harian / Sayang Sabah






