July 23, 2024

Terengganu nafi Tomislav Steinbruckner meninggal dunia

Terengganu nafi Tomislav Steinbruckner meninggal dunia


KUALA LUMPUR – Pasukan Terengganu FC menafikan ketua jurulatih mereka, Tomislav Steinbruckner meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, berita yang tular dalam satu laman sesawang adalah palsu kerana jurulatih itu sedang mengendalikan latihan di Pusat Latihan di Gong Badak.

“Berita yang tersebar menyatakan ketua jurulatih TFC, Steinbruckner meninggal dunia adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

“Pada masa sama pihak pengurusan hairan bagaimana berita itu ditulis dan apa motif penulis berkenaan memuatkan berita itu.

“Ini kerana Tomislav Steinbrückner pada petang ini (semalam) sedang mengendalikan latihan di Gong Badak sebagai persediaan menjelang aksi suku akhir kedua menentang Sabah FC Sabtu ini.

“Kami begitu kesal dan berharap berita yang tidak tepat itu tidak berulang lagi selepas ini dan pada masa sama kami mengharapkan peminat tidak menularkan berita palsu itu,” kata kenyataan itu.

Pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA, Terengganu berjaya menewaskan Sabah dengan keputusan 4-0 namun Tomislav tidak berada di bangku simpanan selepas dijangkiti Covid-19. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top