“Kami Potong Sendiri 200,000 Kertas Sampai Jari Luka”


Kumpulan K.O.I berkata mereka tidak meletakkan kemenangan apatah lagi bergelar juara di Anugerah Juara Lagu ke-40 pada Sabtu lalu.

Memetik Media Hiburan, salah seorang anggotanya, Mya Nana berkata mereka hanya fokus memberikan persembahan terbaik.

BACA: Tiwikarma Dinobat Juara Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40)

Menurut Mya lagi mereka terkejut apabila dinobat juara serta meluahkan rasa syukur apatah lagi mereka pertama kali bertanding di pentas besar itu.

“Secara jujurnya kami tidak jangka walaupun untuk berada di kedudukan tiga terbaik apatah lagi untuk bergelar juara. Fokus kami hanya untuk memberikan persembahan terbaik sahaja.

“Kami sangat terkejut tapi syukur kepada Allah SWT. Kami hanya mahu menyampaikan mesej kepada penonton memerusi persembahan kami.

“Ketika penonton melaungan nama K.O.I sebelum pemenang diumumkan, kami agak takut juga. Kami rasa seram sejuk dan tiada rasa kami akan menang. Kami hanyalah peserta baharu. Ada ramai lagi peserta legenda yang turut bersaing malam ini,” katanya.

Sementara itu, Achoi berkata mereka tidak mempunyai kemampuan untuk melabur besar bagi menjayakan persembahan di AJL40 sebaliknya melakukan persiapan sendiri dengan bantuan rakan-rakan.

“Bila menubuhkan K.O.I, kami tidak menjangkakan apa-apa. Kami buat hanya sekadar cintakan muzik dan suka-suka sahaja. Bila kami menulis lagu Tiwikarma, kami tidak meletakkan harapan tinggi.

“Jika lihat muzik video kami, semua ‘do it yourself’ (DIY). Kitalah jadi kru dan buat muzik sendiri. Jika lihat kertas yang berterbangan malam tadi, kami potong sendiri sebanyak 200,000 keping.

“Sampai luka tangan kami dan ia mengambil masa selama empat hari. Kami ini masih baharu jadi, kekuatan nak melabur itu agak kurang. Kami hanya buat sendiri. Dari segi susunan lagu dan kru, semua kawan-kawan yang tolong. Terima kasih kepada mereka,” katanya.

Sumber: Media Hiburan






Source link

OR

Scroll to Top