“Terima Kasih Hantar Seorang Insan Yang Dapat Beri Cinta Sejati Pada Dia” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman

“Terima Kasih Hantar Seorang Insan Yang Dapat Beri Cinta Sejati Pada Dia” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman


Dramatis popular, Erma Fatima tidak dapat menahan sebak apabila melihat persandingan pasangan penyanyi dan pelakon popular, Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung pada malam Ahad.

Kata Erma atau nama lengkapnya, Fatimah Rahmad Ali, 57,  dia bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang insan yang dapat memberi cinta dan kebahagiaan buat Fattah sekali gus mendoakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke jannah.

“Niat hati aku nak buat video sedih… joke tunang kahwin tapi sesungguhnya aku memang sebak melihat mereka tadi.

“Terima Kasih Allah..Engkau hantar seorang insan yang dapat memberi cinta sejati buat dia.

“Pelihara cinta mereka hingga ke Jannah dengan asma Ya Rahman..Ya Rahim mu,” katanya.

 

Dalam pada itu, Erma juga sempat menitipkan pesanan buat Amira agar menjaga Fattah sebaik-baiknya.

” @amiraaothman jaga anak saya tu baik-baik okay. Mama love both of you,” kongsinya.

Pada majlis tersebut, Erma Fatima turut kelihatan hadir bersama ibu serta adik-adiknya, iaitu Datin Seri Umie Aida dan Betty Rahmad bagi meraikan pasangan pengantin baharu itu.

Terdahulu, pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada 14 September lalu.

Majlis penuh bermakna itu menyaksikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bertindak sebagai wali dan menikahkan Fattah serta Amira, yang sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.





Source link

OR

Scroll to Top