Anak pelakon Norish Karman iaitu Amanda menafikan dirinya pemelas serta berkata ibunya akan sakit setiap kali mereka keluar bekerja.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Amanda berkata dia pernah bekerja di kilang dan memberitahu keadaan itu dipercayai ada kaitan dengan unsur mistik.
BACA: “Masih Lemah” – Norish Karman Masih Perlukan Kerusi Roda Untuk Bergerak
“Pertamanya, bila kami hidup senang? Macam mana mereka lebih tahu daripada saya? Mereka suruh saya pergi kerja kilang, saya pernah cuba.
“Bekerja sambilan di kafe pun saya dah pernah cuba. Saya sudah buat segala-gala yang termampu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Tetapi, setiap kali saya bekerja, bonda sakit, ada sahaja orang dengki hantar sesuatu,” katanya.
Sementara itu, Amanda turut menafikan dakwaan mereka menerima elaun RM700 seminggu daripada bapa.
“Saya tak ingat benda itu (elaun). Saya bukan hendak cakap buruk pasal bapa saya. Kita semua dan bapa dalam hubungan yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, anak sulung Norish iaitu Muhammad Haqiem Amany berkata dia sudah mula bekerja sejak sekolah lagi dan hampir 90 peratus gaji digunakan untuk menyara keluarga.
“Saya buat dua kerja sambilan untuk bantu keluarga dan ibu. Hampir 90 peratus gaji saya digunakan untuk perbelanjaan keluarga,” katanya.






