am@hmetro.com.my
Gambar Paya Linda Yahya
Gua Musang: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang lemas di Sungai Galas di Kampung Batu 6, di sini, memasuki hari ketiga hari ini.
Operasi SAR dilakukan pihak bomba dan penyelamat itu turut dibantu oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhamad Azrul Izzham Zulkifli berkata, operasi hari ini membabitkan pencarian sejauh hampir 18 kilometer dari lokasi kejadian.
Katanya, pencarian bermula dari Kampung Limau Kasturi sehingga ke Kampung Batu 6 dengan menggunakan khidmat anjing pengesan Denti.
“Operasi dimulakan dari Kampung Limau Kasturi ke Kampung Batu 6 iaitu secara meredah arus dari hilir ke ulu sungai lokasi tempat mangsa dipercayai hilang.
Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaikinya terbalik di Sungai Galas di Kampung Batu 6, di sini, petang Isnin lalu.
Mangsa, yang hilang dikenali sebagai, Mohd Ilham Che Mat Satar, 27.
© New Straits Times Press (M) Bhd






