Perancis negara EU pertama haram media sosial untuk kanak-kanak bawah 15 tahun

Perancis negara EU pertama haram media sosial untuk kanak-kanak bawah 15 tahun


PARIS: Parlimen Perancis pada Selasa meluluskan rang undang-undang yang melarang kanak-kanak berusia bawah 15 tahun daripada mengakses media sosial.

Ia  sekali gus menjadikan Perancis negara Eropah pertama yang menghalang kanak-kanak daripada menggunakan aplikasi seperti TikTok.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menjadikan larangan itu sebagai pembaharuan utama bagi penggal terakhir pentadbirannya dan berikrar untuk menguatkuasakannya menjelang September.

“Perancis sedang menerajui Eropah dalam usaha melindungi kanak-kanak dan remaja kita,” kata Macron dalam video yang dimuat naik di media sosial dan menyifatkan langkah itu sebagai satu kemajuan besar.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen kerana menyokong rang undang-undang tersebut.

Ahli Parlimen Perancis menyokong kuat draf undang-undang itu yang mendapat dorongan padu daripada Macron.

Sebelum ini, dalam satu perutusan video pada Januari, Macron secara tegas menyatakan bahawa otak dan emosi kanak-kanak serta remaja bukan untuk dijual atau dimanipulasi, sama ada oleh platform dari Amerika Syarikat (AS) mahupun algoritma China

Larangan  tersebut menyusuli Australia yang mencatat sejarah akhir tahun lalu menerusi pelaksanaan larangan media sosial bagi golongan bawah 16 tahun. 

Kerajaan British turut mengumumkan sekatan serupa bulan lalu yang dijangka dikuatkuasakan tahun hadapan.

Sepanyol, Greece dan Denmark dilaporkan merancang menetapkan had umur minimum yang sama. – AGENSI/AFP



Source link

OR

Scroll to Top