July 27, 2024

Tidak rasmi: Undi awal berpihak kepada Kerajaan Perpaduan

Tidak rasmi: Undi awal berpihak kepada Kerajaan Perpaduan


KUALA KUBU BAHARU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan undian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berpihak kepada Kerajaan Perpaduan.

Keputusan tidak rasmi itu menunjukkan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao sudah mendapat sebanyak 592 undi, katanya di media sosial.

Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut hanya memperoleh 156 undi manakala calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin, dan calon bebas, Nyau Ke Xin hanya memperoleh satu undi.

Pada Selasa lalu, seramai 769 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka membabitkan 97 peratus daripada keseluruhan 863 pengundi awal yang berdaftar.

Proses pengundian awal itu hanya membabitkan dua pusat mengundi iaitu masing-masing di Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri, Kem Erskine di sini bermula 8 pagi hingga 5 petang.

Keseluruhan pengundi awal bagi PRK DUN Kuala Kubu Bharu itu membabitkan 625 anggota polis, 238 tentera dan pasangan berdaftar dengan SPR. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top