Tiga terbunuh, 10 cedera dalam insiden tembakan di Arkansas, AS

Tiga terbunuh, 10 cedera dalam insiden tembakan di Arkansas, AS


SAN FRANCISCO – Tiga orang maut dan 10 lagi cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kedai runcit di Fordyce, Arkansas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Menurut polis tempatan, seramai dua anggota penguatkuasa turut cedera dalam kejadian itu, lapor Xinhua.

Sementara itu, penyerang dilaporkan cedera parah selepas ditembak anggota polis dan telah ditahan.

“Saya telah diberi taklimat mengenai insiden tembakan di Fordyce. Saya berterima kasih kepada penguatkuasa undang-undang atas tindakan berani dan pantas mereka menyelamatkan nyawa,” kata Gabenor Arkansas, Sarah Huckabee Sanders di media sosial.

Setakat Jumaat, terdapat 234 insiden tembakan di Amerika Syarikat tahun ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang maut dalam setiap serangan, menurut “Gun Violence Archive” yang berpangkalan di AS. – Bernama-Xinhua



Source link

OR

Scroll to Top