September 8, 2024

TMJ mahu Kim Pan Gon berterus-terang

TMJ mahu Kim Pan Gon berterus-terang


KUALA LUMPUR- Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon supaya berterus-terang mengenai punca utama beliau meninggalkan skuad bola sepak kebangsaan.

Tegasnya, lelaki berasal dari Korea Selatan itu sepatutnya menjawab soalan wartawan secara khusus dan bukannya membuat kenyataan umum seperti “bahaya,” yang akhirnya mengundang pelbagai persepsi orang ramai.

“Apa susah. Pergi tanya dia beramai ramai apa yang dia maksudkan “dangerous”. Penyokong, Ahli politik dan pihak media. Tanya dia apa maksud dia “dangerous.” Be more specific. Takut kena tembak? takut kena kidnapped? Kena sepak? Be direct! @RimauXI

“Awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja. Jadi ini semua lagi satu created konspirasi teori,” katanya menerusi satu komen di aplikasi X akaun @RimauXI.

Dalam komen seterusnya, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim itu memaklumkan, Pan Gon akan bertemu beliau di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Tunku Ismail turut mempelawa @RimauXI untuk menyertai pertemuan tersebut supaya boleh bertanya soalan secara bersemuka dengan Pan Gon.

“Dia on the way nak minum kopi dengan saya ni di St Regis.

“Jemputlah datang sama. Boleh face to face. Kejap saya call awak,” katanya.

Dalam satu hantaran berbeza, Tunku Ismail berkata, Pan Gon mungkin meninggalkan skuad kebangsaan itu kerana mendapat tawaran yang lebih baik.

“Mungkin dapat tawaran yang lebih menarik. Kalau betul ke Ulsan, saya ucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas sumbangan anda,” katanya menerusi komen di satu hantaran yang memaparkan keratan akhbar menunjukkan Pan Gon telah dilantik sebagai pengurus baharu di kelab Ulsan HD.

Terdahulu, Pan Gon bertegas untuk tidak mendedahkan punca sebenar yang mendorong beliau meletakkan jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya meskipun diasak oleh wartawan.

Bekas jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun berkata, sebab pengunduran telah dimaklumkan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM).- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

‘Bahaya’ jika dedah sebab utama berundur, kata Pan Gon

 

 



Source link

OR

Scroll to Top