“Tua Ke? Muda Ke? Jantan Semua Tak Guna” – Sempat Berseloroh, Pengakuan Ameera Khan Bersama DSV Raih Perhatian

“Tua Ke? Muda Ke? Jantan Semua Tak Guna” – Sempat Berseloroh, Pengakuan Ameera Khan Bersama DSV Raih Perhatian


Personaliti media sosial, Ameera Khan mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan kenyataan berani ketika muncul bersama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV).

Menerusi perkongsian video berdurasi 16 saat, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan dilihat berseloroh dan menyindir sikap segelintir lelaki yang disifatkannya sebagai mengecewakan.

“Jantan tu mana jantan tu? Jantan tu kerugian besar,” soal Vida.

Terkesima dengan soalan yang diajukan Vida, Ameera bagaimanapun menyatakan bahawa semua lelaki, tanpa mengira usia dianggap sebagai tidak berguna.

“Jantan mana? Masalahnya jantan semua tak guna. Tua ke, muda ke,” katanya.

Meskipun kenyataan tersebut dipercayai dibuat hanya sekadar gurauan, namun ia tetap mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur selain, mengangaap ia sebagai sindiran terhadap pengalaman peribadinya.

 

 



Source link

OR

Scroll to Top