KUALA LUMPUR – Agensi pelancongan umrah, In Saff Travel & Tour Sdn. Bhd. (In Saff) menawarkan hadiah bernilai RM100,000 termasuk tiga buah kereta sempena sambutan ulang tahun syarikat itu ke-10.
Pengasas bersama Saff, Mohd. Fahmi Mohd Nawi berkata, cabutan bertuah akan dijalankan menerusi tiga sesi berbeza bermula pada Januari depan.
Setiap sesi melibatkan cabutan utama tiga buah kereta model Proton Saga yang terbuka kepada mereka yang mendaftar pakej umrah bersama syarikat itu.
“Ini adalah kami pertama program cabutan bertuah ini diadakan sempena ulang tahun syarikat yang ke-10 termasuk hadiah lain seperti motosikal, jongkong emas dan pakej menunaikan umrah.
“In Saff mahu menghargai mereka yang memilih pakej umrah kami sama ada mampu milik atau premium bagi membolehkan segenap lapisan masyarakat menunaikan ibadah dengan bajet mengikut kemampuan,” katanya pada Saudi Travel Fest yang berlangsung semalam.
Selain Mohd. Fahmi, In Saff turut diasaskan bersama Aswadi Ali, Aminarrashed dan Falaahuddin Ahmad Jasni.
Kesemua mereka adalah lepasan pelajar Ummul Qura Universiti di Mekah, Arab Saudi.
Mengulas lanjut, Mohd. Fahmi berkata, In Saff menyasarkan untuk menerbangkan lebih 15,000 jemaah pada akhir tahun ini.
Sehingga kini seramai 10,000 sudah mendaftar dengan syarikat itu dan menjangkakan seramai 30,000 jemaah menjelang sebelum musim haji tahun depan.
“Pakej paling murah dan laris ketika ini ialah pakej umrah bernilai RM4,970 untuk sembilan hari dan tujuh malam.
“Terdapat juga pakej umrah transit bernilai RM3,990 untuk enam hari dan tiga malam malah In Saff turut menyediakan pakej umrah 32 hari dan 30 malan bernilai RM7,970, selain pakej paling mahal bernilai RM12,000,” katanya lagi.
In Saff yang ditubuhkan pada 1 Disember 2014 kini mempunyai 32 cawangan di seluruh Malaysia kecuali di Sarawak dan Perlis. – MalaysiaGazette