Pelakon Yusuf Bahrin tampil bersuara susulan dakwaan seorang pengguna media sosial yang mengaitkan pelakon Alya Iman sebagai punca perceraiannya dengan bekas isteri, penyanyi Zizi Kirana.
Menerusi perkongsian di Threads, individu yang dikenali sebagai @anisadrianaa itu kelihatan memuat naik foto pasport milik pasangan berkenaan beserta kapsyen mendakwa Alya Iman adalah punca kepada keruntuhan rumah tangga aktor itu.
“Ini semua salah Alya Iman,” dakwa individu berkenaan.

Enggan berdiam diri, Yusuf bagaimanapun tampil memberikan komen balas terhadap individu berkenaan.
Tegasnya, dia mempunyai segala maklumat berkenaan individu tersebut sekali gus memohon agar posting berkenaan dipadam sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
“Aku dah ada details kau. Kalau kau tak delete posting bodoh kau ni aku akan ambil tindakan undang-undang dan saman,” jelasnya.

Terdahulu, pihak syarikat pengurusan Alya Iman iaitu Stars Powerhouse Entertainment menafikan dakwaan bahawa aktres di bawah naungan mereka itu menjadi punca perceraian pasangan selebriti tersebut.
Artikel Berkaitan: “Tuduhan Ini Tidak Benar, Berunsur Fitnah” – Didakwa Punca Pasangan Selebriti Bercerai, Pihak Pengurusan Alya Iman Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang






