Zahnita Wilson Dikecam Main Kasut Roda Atas Trek Larian Stadium Merdeka

Zahnita Wilson Dikecam Main Kasut Roda Atas Trek Larian Stadium Merdeka

Zahnita Wilson Dikecam Main Kasut Roda Atas Trek Larian Stadium Merdeka


Pelakon dan model Zahnita Wilson dikecam berikutan tindakannya melakukan aktiviti berkasut roda di atas trek larian di Stadium Merdeka.

Menerusi satu hantaran di Threads, Zahnita memuat naik hantaran berkongsikan kenangannya di stadium tersebut 20 tahun lalu ketika menyaksikan konsert Michael Jackson.

BACA: Zahnita Wilson Tak Jadi Tutup Kedai Bakeri

Bagaimanapun, ada netizen yang kurang senang dengan tindakan Zahnita itu yang beranggapan aktiviti tersebut dikatakan boleh merosakkan trek.

Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan bagaimana pengawal boleh lepaskan aktiviti sedemikian serta ada yang berkongsikan garid panduan serta perkara yang dilarang dilakukan di Stadium Merdeka.

Dalam garis panduan itu aktiviti berkasut roda, papan selaju serta berbasikal tidak dibenarkan di stadium berkenaan.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top