Kehilangan besar buat Sabah & negara, PM Anwar ziarah keluarga Allahyarham Bung Moktar

Kehilangan besar buat Sabah & negara, PM Anwar ziarah keluarga Allahyarham Bung Moktar


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin di kediaman Allahyarham di Damai, di sini, petang tadi.

Dalam kunjungan tersebut, Anwar menyampaikan ucapan takziah mewakili Kerajaan MADANI kepada keluarga Ahli Parlimen Kinabatangan itu serta mendoakan mereka diberi kekuatan dalam menghadapi detik kehilangan.

PM Anwar ziarah keluarga Allahyarham Bung Moktar

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri 

“Pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada negeri Sabah dan negara, khususnya atas khidmat baktinya yang panjang dalam pentadbiran, siyasah serta perjuangan membela rakyat,” katanya.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang turut mengunjungi keluarga Allahyarham.

Artikel lain: Zizie Izette akui hilang arah, dedah Bung Moktar sentiasa jaga solat & berzikir

Kehilangan besar buat Sabah & negara

Allahyarham yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu semalam pada usia 66 tahun akibat komplikasi paru-paru dan buah pinggang.

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak | Pejabat Perdana Menteri

Dalam arena politik Sabah, Allahyarham baru-baru ini mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Allahyarham turut mencatat rekod perkhidmatan panjang sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan apabila memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 dan berkhidmat selama enam penggal berturut-turut.





Source link

OR

Scroll to Top