Ibu Dr Fie atau nama sebenarnya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, Dr Zailah, menulis coretan hatinya sepanjang menemani anak perempuan dalam menghadapi dugaan rumah tangga.
Ibu Dr Fie sentiasa ada untuk anak
Menerusi perkongsian di Threads, Dr Zailah menyatakan kehadirannya yang sentiada ada dengan Dr Fie bukan kerana anak tersayangnya gentar, tetapi mahu sentiasa berada di waktu sukar.
“Ibu meneman bukan kerana kamu gentar, tapi tanda ibu ada dikala sukar,” tulisnya.

Ibu Dr Fie doa anak terus istiqamah
Dalam pada masa yang sama, beliau turut mengharapkan agar langkah anaknya semakin kuat dan tegap bagi meneruskan perjuangan kerana doa seorang ibu akan sentiada ada.
“Dulu kamu sentiasa mengharap, Kini langkahmu semakin tegap, Teruslah berdiri, doa ibu sentiasa mengiringi,” ujarnya lagi.

Tegasnya, perjuangan wanita selepas penceraian yang dilakukan seperti Dr Fie bukanlah soal dendam, tetapi soal hak, maruah dan juga masa hadapan terutama untuk anak-anak.
Dr Zailah berdoa supaya anaknya terus istiqamah dan dikurniakan kekuatan dalam menempuhi ujian ini.

Kasih ibu sampai ke syurga
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengagumi peranan Dr Zailah dalam mendampingi anaknya berhadapan dengan ujian ketika ini.
Mereka juga mendoakan agar urusan mereka dipermudah.

Kekuatan anak datang daripada seorang anak

Semoga Dr Fie bahagia selamanya

Artikel lain: “Balik ni kena bantu kemas bilik cucu-cucu, selamat pulang anakku” -Ibu Dr Fie
Sekadar info, Penyanyi Nubhan Ahamad, 39, dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember 2025.
Mahkamah mengesahkan lafaz cerai kedua yang dibuat pada 26 Ogos 2025, susulan kemelut rumah tangga yang membawa kepada perpisahan selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Rentetan daripada perpisahan tersebut, beberapa isu berbangkit menjadi topik utama termasuklah termasuklah berkaitan urusan anak-anak.
Sumber: Threads drzailah






