Ubai MZ Perjelas Isu Pengurus ‘Kerek’ – “Ia Melibatkan Nama Saya”

Ubai MZ Perjelas Isu Pengurus ‘Kerek’ – “Ia Melibatkan Nama Saya”


Suami kepada penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Ubai MZ tampil membalas kenyataan seorang individu di platform Threads yang mendakwa pengurusnya bersikap ‘kerek’ atau sombong.

Isu itu tercetus selepas individu berkenaan mendakwa menerima tindak balas yang tidak seperti diharapkan.

“Kerek juga manager Ubai ni? Reply sepatah-sepatah macam sembang dengan Menteri pula.

“Bila aku tanya dia tak jawab, macam haram,” luahnya.

Sedar dengan respons yang diberikan, Ubai MZ atau nama lengkapnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli tampil bertanyakan kembali sama ada individu yang dimaksudkan adalah pengurusnya sekali gus memohon maaf terhadap masalah  yang timbul.

“Hi adakah yang dimaksudkan manager saya? Kalau ya, saya mohon maaf sangat-sangat.

“Boleh saya tahu berkenaan apa tu?,” soalnya.

Tidak habis disitu, Ubai sekali lagi mengambil inisisiaif untuk menjernihkan keadaan dengan berkongsi hantaran berupa tangkap layar pesanan WhatsApp dari pengurusnya sebagai bukti.

“Just to make it clear sebab ia melibatkan nama saya.

“Pada sudut pandangan saya, manager saya tak adalah ‘kerek’. Kongsikan pandangan anda, saya sedia menerima,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top