Diana Rafar Pernah Putus Asa, Dianggap Tak Layak Bantu Individu Peluk Islam

Diana Rafar Pernah Putus Asa, Dianggap Tak Layak Bantu Individu Peluk Islam


Pelakon Diana Rafar berkata dia pernah rasa putus asa membantu individu yang mahu memeluk Islam susulan komen negatif netizen mengatakan dirinya tidak layak.

Memetik Astro Gempak, Diana berkata ada yang mengkritik dirinya bukan ustazah serta mendakwa belum cukup ilmu untuk berbuat demikian.

BACA: “Nikmatnya Luar Biasa” – Diana Rafar Sudah Islamkan 9 Mualaf

Susulan kritikan tersebut, Diana hilang keyakinan diri untuk melakukan siaran langsung selama beberapa bulan namun semangatnya pilih selepas mendapatkan pandangan daripada Jabatan Agama serta golongan agamawan.

“Saya ini pendosa, tak ada kebaikan apa yang saya buat. Tapi dengan benda-benda macam ini saya rasa boleh bantu saya dekatkan diri dengan Allah.

“Bukan sebab saya dah syahadahkan orang, saya ni perfect atau baik. Ramai juga yang kecam apa yang saya buat.

“Mereka yakinkan saya, bila kita nak buat kebaikan, kita tak perlu tunggu jadi baik atau jadi ustazah dulu. Tak perlu ada gelaran untuk sebarkan benda baik,” katanya.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top