Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah menganggap tindakan keluarga penyanyi Aliff Aziz menutup wajah Bella Astillah dalam gambar keluarga sebagai satu strategi pemasaran.
Menerusi perkongsian di Threads, Dollah turut mendakwa ianya sudah dirancang dan dengan perkongsian gambar berkenaan semua orang akan bercakap mengenainya.
BACA: Netizen Dakwa Wajah Bella Astillah Ditutup Pada Gambar Keluarga Aliff Aziz

“Perkara ini telah dirancang dan sejujurnya ia merupakan teknik pemasaran yang baik. Fikirkan semula, semua orang sedang bercakap mengenainya dan berkongsi semula gambar tersebut. Tiada istilah bad marketing kerana semua jenis pemasaran tetap memberi kesan,” katanya.
Sementara itu, Space Dollah berkata dia tidak mengenai Aliff secara peribadi namun pengalaman dalam bidang media sosial tidak sukar untuk mengetahui strategi pemasaran.
“Saya tak kenal dia secara peribadi tetapi menerusi media sosial. Tidak sukar untuk mengetahui strategi pemasaran yang ‘direct’. Jaga diri semua!” tulisnya.






