“Kami Ni Orang Tengah Je, Yang Bantu Azar Azmi Ni Bukan Mama Atau Papa Tapi Anda Semua Yang Berhati Mulia” – Isteri Aliff Syukri

“Kami Ni Orang Tengah Je, Yang Bantu Azar Azmi Ni Bukan Mama Atau Papa Tapi Anda Semua Yang Berhati Mulia” – Isteri Aliff Syukri


Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil menzahirkan penghargaan terhadap rakyat Malaysia yang disifatkannya penuh dengan sifat belas ihsan selepas membantu pelakon, Azar Azmi.

Menurutnya, segala bantuan yang disalurkan kepada Azar bukanlah datang daripada dirinya atau suami sebaliknya, ia adalah hasil keprihatinan orang ramai yang tampil menghulurkan sokongan.

Jelasnya, dia terharu melihat sikap rakyat Malaysia yang sanggup membantu tanpa mengharapkan balasan, sekali gus membuktikan nilai kemanusiaan masih kuat  dalam diri masyarakat kita pada hari ini.

“Allahuakbar, mulianya hati rakyat Malaysia. Kau orang semua kaya dengan belas ihsan, budi pekerti.

“Yang membantu Azar Azmi ni bukan Mama dengan Papa tau, tapi anda semua yang berhati mulia. Kami ni orang tengah je,” katanya menerusi hantaran di Threads.

 

Dalam hantaran sama juga, Shahida turut menitipkan doa agar setiap kebaikan rakyat Malaysia terutamanya yang membantu aktres itu mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.

“Semoga Allah memberkati kita semua dalam urusan seharian dan akhirat nanti.

“Mama Papa sayang anda semua. Allahuakbar mulianya hati rakyat Malaysia. Anda semua kaya dengan belas ihsan, budi pekerti,” ujarnya.

Terdahulu, Aliff dan isteri tampil membantu aktres itu menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok pada Isnin.

Menerusi sesi LIVE berkenaan, Azar telahpun berjaya meraih jualan produk sebanyak RM40,000 sekali gus meluahkan rasa terharu di atas sokongan yang diberikan terhadapnya.

Artikel Berkaitan:“Dunia Akhirat Saya Ada RM28 Je”- Azar Azmi Kongsi Detik Sukar Selepas Dibebaskan

Artikel Berkaitan: Dedah Pernah Minta Bantuan Rakan Artis Nak Beli Susu & Lampin Anak, Azar Azmi Kongsi Kisah Sebenar 6 Tahun Menyepi

Artikel Berkaitan: Dedah Pernah Minta Bantuan Rakan Artis Nak Beli Susu & Lampin Anak, Azar Azmi Kongsi Kisah Sebenar 6 Tahun Menyepi



Source link

OR

Scroll to Top