“Saya berjaya!”- Sherry Ibrahim teruja ‘battle’ tiket konsert BTS, saingan sengit bukan penghalang

“Saya berjaya!”- Sherry Ibrahim teruja ‘battle’ tiket konsert BTS, saingan sengit bukan penghalang


Pelakon Sherry Ibrahim tidak ketinggalan menyertai ribuan peminat yang berebut mendapatkan tiket konsert BTS World Tour Arirang yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Disember depan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 42, meluahkan rasa teruja selepas berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan kumpulan popular Korea Selatan itu.

Pelakon berkenaan turut berkongsi momen kegembiraannya menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform media sosial tersebut selepas berjaya melepasi proses pembelian tiket yang disifatkan mencabar.

Menerusi rakaman itu, Sherry dilihat sukar menyembunyikan keterujaannya apabila berjaya mendapatkan tiket bagi konsert yang menjadi rebutan peminat BTS atau Army dari seluruh negara.

“Saya dah berjaya dapatkan tiket! Akan jumpa BTS di Malaysia pada 13.12.2026!” tulisnya.

Artikel lain: BTS ‘jaga’ peminat! Fahmi lancar inisiatif, elak pembeli tiket konsert jadi mangsa tipu

Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian ramai peminat BTS yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain turut berkongsi pengalaman masing-masing mendapatkan tiket konsert berkenaan.

Ada dalam kalangan peminat yang meluahkan rasa lega kerana berjaya mendapatkan tiket, manakala sebahagian lagi mengakui berdepan kesukaran susulan jumlah pembeli yang terlalu tinggi ketika sesi jualan berlangsung.

Sementara itu, sebelum ini media melaporkan lebih 1.3 juta peminat BTS yang dikenali sebagai Army beratur secara dalam talian bagi mendapatkan tiket konsert tersebut sejak pukul 11 pagi.

Malah, tiket prajualan khas untuk pemegang keahlian rasmi kumpulan itu dilaporkan habis terjual dalam tempoh beberapa jam sahaja, sekali gus membuktikan pengaruh dan populariti BTS yang masih utuh dalam kalangan peminat.

Konsert BTS World Tour Arirang yang bakal berlangsung pada Disember depan dijangka menjadi antara acara hiburan terbesar tahun ini dengan kehadiran puluhan ribu peminat dari dalam dan luar negara.

Sumber: TikTok sherry_ibrahim





Source link

OR

Scroll to Top