Izara Aishah Kongsi Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Tahara Alima

Izara Aishah Kongsi Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Tahara Alima


Suami kepada pelakon Izara Aishah iaitu Adib Khalid memuat naik gambar wajah anak ketiga mereka diberi nama Tahara Alima.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adib meluahkan rasa syukur diatas kelahiran cahaya mata ketiga mereka.

BACA: Izara Aishah Artis Kelas A, Nampak Mahal”

“Menyambut kelahiran cahaya mata perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang tidak ternilai ini dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami,” tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan, Adib turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan isterinya dan anak mereka.

“Saya dan Izara ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan.

“Semoga Allah sentiasa melindunginya, mengurniakan kesihatan yang baik, dan menjadikannya dalam kalangan anak-anak yang solehah. Amin,” tulisnya.

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun.






Source link

OR

Scroll to Top