Krisis Tenaga: Selangor Peruntuk RM131 Juta Bantu Rakyat, Industri

Krisis Tenaga: Selangor Peruntuk RM131 Juta Bantu Rakyat, Industri


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dengan peruntukan RM131 juta bermula Jun ini bagi membantu rakyat dan industri menghadapi krisis bekalan tenaga semasa.

Beliau berkata, peruntukan hasil semakan Belanjawan negeri itu bertujuan mengukuhkan keterjaminan bekalan makanan, mengurangkan kos sara hidup rakyat serta mengawal kesan inflasi daripada meningkat secara keterlaluan.

Katanya, pakej berkenaan turut memberi tumpuan kepada peningkatan penggunaan pengangkutan awam serta bantuan bersasar kepada golongan paling terkesan.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil langkah ini susulan Perang di Asia Barat antara Amerika Syarikat dan Israel menentang Iran yang menyebabkan gangguan bekalan tenaga apabila Selat Hormuz terus disekat.

“Sekiranya perang ini reda sekalipun, keupayaan ekosistem minyak mentah, gas, baja, sulfur dan helium yang kritikal kepada industri di Selangor dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk pulih ke tahap sebelum konflik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor akan bermula pada Jun ini dengan beberapa usaha berikut:

Amirudin berkata, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Invest Selangor akan mengadakan siri sesi libat urus bersama industri utama termasuk sektor pembinaan, pembuatan, logistik dan perkhidmatan yang dijangka terkesan.

Selain itu katanya, peluang dalam peralihan tenaga seperti solar, teknologi simpanan bateri, tenaga hidrogen serta kecekapan tenaga di bangunan Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan dipercepatkan.

Katanya, kerajaan negeri turut menghargai usaha Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan subsidi BUDI95 sehingga RM7 bilion, penambahan BUDI Diesel daripada RM300 kepada RM400, sokongan kepada komuniti pertanian serta penambahbaikan pengangkutan awam.

“Usaha Kerajaan Negeri melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 adalah langkah persiapan dan pelengkap kepada perancangan di peringkat Persekutuan.

“Kerajaan Negeri akan melaksanakan semakan aktif setiap dua minggu menerusi Pasukan Petugas Khas Krisis Tenaga dengan memantau perkembangan di Asia Barat dan rantau Asia Tenggara serta data bekalan tenaga dan barangan keperluan asas bagi memastikan sebarang perubahan dapat ditangani secara proaktif,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top