“Dulu Dia Dibuang” – Netizen Sebak Bella Astillah Dihargai Bakal Mentua

“Dulu Dia Dibuang” – Netizen Sebak Bella Astillah Dihargai Bakal Mentua


Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah meraikan hari ibu bersama-sama keluarga bakal mentuanya sekaligus menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh ahli keluarga, Bella memberikan hadiah dan kad ucapan kepada ibu dan kakak Syed Saddiq.

BACA: Pakaian Sukan Terlalu Ketat, Bella Astillah Ditegur Netizen

Turut menjadi perhatian, bakal ibu mentuanya, Sharifah Mahani berkata dia terharu dengan ucapan yang ditulis oleh Bella dan akan simpan kad tersebut sehingga akhir hayat.

“Pada mama, yang lebih berharga kad tu kerana Bella terangkan mengenai perasaan hatinya yang sebenar-benarnya.

“Dan itu yang mama simpan. Insha Allah mama akan simpan kad tu sampai akhir hayat mama. Ia sangat bermakna,” katanya.

Sementar aitu, rata-rata netizen sebak dengan ucapan bakal mentua Bella itu serta terharu melihat penyanyi itu sangat dihargai oleh keluarga bakal mentuanya.






Source link

OR

Scroll to Top