Amir Ahnaf Mengaku Daiyan Trisha Ada Ciri Wanita Idaman

Amir Ahnaf Mengaku Daiyan Trisha Ada Ciri Wanita Idaman


Pelakon Amir Ahnaf menjelaskan hubungan rapatnya dengan penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha tidak lebih daripada sekadar sahabat baik.

Memetik Oh Bulan, Amir mengakui dia sedang berkawan dengan Daiyan serta menyifatkan penyanyi itu seorang yang ceria.

BACA: Amir Ahnaf Dah Buang 12 Ekor Saka, Berubat Sampai Ke Sabah 

“Saya memang senang berkawan dengan Daiyan sebab dia seorang yang positif dan dan ceria. Saya rasa orang lain pun mudah selesa dengan dia.

“Namun, terus terang saya cakap, saya tak pernah fikir hubungan kami lebih daripada kawan,” katanya.

Sementara itu, Amir mengakui Daiyan miliki ciri-ciri wanita idamannya namun menegaskan mereka hanya berkawan.

“Kalau nak kata dia menepati ciri wanita idaman saya, memang betul ada. Tapi setakat itu sahaja. Buat masa ini, saya rasa lebih baik kami kekal sebagai kawan sebab saya selesa dengan hubungan kami sekarang,” katanya.

Sebelum ini, kemesraan Amir dan Daiyan menjadi perhatian apabila bergandingan menyanyikan lagu raya serta melakukan aktiviti menghasilkan mentega bersama.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top