“Mak Saya Chinese Look, Boleh Cakap Cina” – Cik B ‘Kenenkan’ Fazley Yaakob Dengan DSV

“Mak Saya Chinese Look, Boleh Cakap Cina” – Cik B ‘Kenenkan’ Fazley Yaakob Dengan DSV


Perkongsian pempengaruh media sosial, Cik B menjadi perhatian apabila menerima kejutan istimewa daripada Cef Selebriti, Fazley Yaakob sempena hari jadi.

Menerusi video dikongsikan, Fazley bersama anaknya, Fariedz menghadiahkan kek serta permainan game buat Cik B.

BACA: Fazley Yaakob Serius Nak Cari Jodoh, Minat Wanita ‘Chinese Look’ 

Dalam video berkenaan, Cik B menzahirkan ucapan terima kasih serta membuat pertanyaan mengejutkan mengenai kriteria jodoh yang dicari oleh Fazley serta berseloroh mahu kenenkan dengan ibunya, Datuk Seri Vida.

“Terima kasih Dida, Cik B akan main selalu. Dida, saya nak tanya. Dida kan cari yang ‘Chinese look’ dan tak berapa kurus kan? Mak saya ‘Chinese look’ dan boleh cakap Cina.

“Lepas itu tak berapa kurus dan sangat organize. Saya rasa apa yang Dida describe itu semua macam mak saya,” selorohnya.

Terdahulu, Fazley berkongsikan kriteria pasangan hidup yang diimpikannya antaranya wanita berwajah ‘chinese look’ dan tidak terlalu kurus.






Source link

OR

Scroll to Top