Kvaratskhelia senjata utama PSG di Budapest

Kvaratskhelia senjata utama PSG di Budapest


Bukan sahaja pantas, Kvaratskhelia juga pemain yang bijak dan mampu menggunakan kedua-dua kakinya. Foto Agensi

AKSI berbahaya Khvicha Kvaratskhelia terus menjadi antara aset utama Paris Saint-Germain (PSG) berdepan Arsenal dalam final Liga Juara-Juara (UCL) di Budapest, Hungary tengah malam ini.

Pemain sayap Georgia itu dijangka memainkan peranan penting dalam pertembungan berintensiti tinggi di Puskas Arena ketika pasukan kendalian Luis Enrique memburu kejuaraan Eropah yang diidamkan.

Pemain sayap Georgia itu dijangka memainkan peranan penting dalam pertembungan berintensiti tinggi di Puskas Arena ketika pasukan kendalian Luis Enrique memburu kejuaraan Eropah kedua berturut-turut.

Sejak menyertai PSG, Kvaratskhelia cepat membentuk keserasian dalam sistem kolektif yang turut digerakkan Ousmane Dembele, Vitinha dan Joao Neves, sekali gus menjadikan jentera serangan lebih seimbang dan sukar dijangka.

Sebelum ke Paris, pemain berusia 23 tahun itu mencipta nama bersama Napoli selepas dibawa dari Dinamo Batumi pada 2022 dengan nilai sekitar 10 juta euro (RM46.1 juta) ketika namanya masih belum dikenali di pentas Eropah.

Namun, Kvaratskehlia pantas mencuri perhatian apabila membantu Napoli menjulang kejuaraan Serie A serta menyerlah di UCL menerusi aksi lincah dan kreativiti di bahagian sayap kiri.

Di Itali, penyokong Napoli menggelarnya “Kvaradona” sebagai penghormatan kepada legenda Diego Maradona, sekali gus menggambarkan impak besar yang ditinggalkan sejak musim pertamanya.

Bekas jurulatih Napoli, Luciano Spalletti sebelum ini mengakui kekuatan utama pemain itu terletak pada elemen ketidakbolehramalan yang mampu mengubah rentak permainan.

“Kravatskhelia sukar dijangka dan perkara itu menjadikan situasi biasa bertukar luar biasa,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top