Gyokeres wajib jadi taruhan Arsenal

Gyokeres wajib jadi taruhan Arsenal

Gyokeres wajib jadi taruhan Arsenal



BEKAS penyerang England, Michael Owen percaya Mikel Arteta perlu mengembalikan Viktor Gyokeres ke dalam kesebelasan utama Arsenal menjelang final Liga Juara-Juara (UCL) menentang Paris Saint-Germain tengah malam ini (12 tengah malam waktu Malaysia).Gyokeres sebelum ini mempamerkan aksi meyakinkan ketika membantu Arsenal menyingkirkan Atletico Madrid pada separuh akhir menerusi persembahan bertenaga di jentera serangan.Bagaimanapun, penyerang Sweden itu tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi dua aksi terakhir selepas Arteta memilih Kai Havertz ketika menentang Burnley dan Gabriel Jesus ketika bertemu Crystal Palace.Kedua-dua pemain terbabit turut mencatat nama sebagai penjaring, namun Owen berasakan Gyokeres tetap pilihan paling tepat untuk mengetuai serangan Arsenal pada pentas final.”Dia perlu diturunkan dalam final Liga Juara-Juara. Prestasinya cukup luar biasa sejak beberapa minggu lalu.”Gyokeres bukan saja menjaringkan gol, malah banyak membantu pergerakan serangan dan memberi ancaman besar kepada lawan.”Dia juga bermain baik ketika separuh akhir dan saya fikir PSG akan berdepan kesukaran untuk mengekangnya,” katanya.Sebagai rekod, Arsenal yang baru sahaja dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini tidak pernah memenangi trofi UCL dan peluang terbaik mereka hadir pada 2006.Namun, impian The Gunners yang ketika itu dibimbing Arsene Wenger untuk menjulang trofi UCL musnah selepas tewas 1-2 kepada Barcelona.



Source link

OR

Scroll to Top