Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor

Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor


KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.

Pembantu beliau Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin berkata sehingga kini, Dr Mahathir berada di bawah pemantauan doktor selepas dimasukkan ke IJN pada petang Selasa lepas kerana mengalami jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah (LRTI).

“Alhamdulillah, keadaan Tun semakin baik namun masih perlu dipantau,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Bernama melaporkan perbicaraan kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini ditangguh kepada 29 Okt ini selepas beliau dimasukkan ke IJN kerana jangkitan paru-paru.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi, yang mewakili Dr Mahathir, memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya diberi sijil cuti sakit hingga 25 Okt dan memohon agar tarikh perbicaraan semalam serta hari ini dilapangkan.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong kemudian menetapkan 29 dan 30 Okt serta 5, 6 dan 9 Dis ini untuk menyambung pendengaran kes itu.- BERNAMA



Source link

OR

Scroll to Top