“Sebab Rasa Tak Layak” – Sheila Rusly Malu Digelar Cef Selebriti

“Sebab Rasa Tak Layak” – Sheila Rusly Malu Digelar Cef Selebriti


Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly mengakui dirinya segan dan malu apabila ada yan menggelarnya cef selebriti. 

Menerusi satu perkongsian di Threads, Sheila berkata dia merasakan dirinya tidak layak serta sering memberi respon dirinya bukan seorang cef.

BACA: Sheila Rusly Dedah Menantu Suka Lepak Dalam Bilik Mentua

“Bila orang gelar saya sebagai cef selebriti, sejujurnya saya rasa segan malu pun ada sebab rasa tak layaknya. Saya selalu jawab ‘Maaf, saya bukan cef,” katanya.

Hantaran Sheila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan pelakon itu sering menjadi inspirasi kepada mereka untuk memasak.

Malah, ada segelintir netizen mengatakan Ketuk-Ketuk Ramadan merupakan program kegemaran mereka ketika di bulan Ramadan dan akan sentiasa diingati.






Source link

OR

Scroll to Top