Pempengaruh media sosial Rosix Omar berkongsikan usahawan Noor Nabila sedang memasang ubat nyamuk berharga RM239 sekotak.
Menerusi perkongsian di TikTok, Rosix berkongsikan video melakukan unboxing ubat nyamuk keluaran jenama antarabangsa itu.
BACA: “Dia Penyayang, Tak Berkira, Nabila Kelakar Sebenarnya” – Kekasih
Difahamkan, ubat nyamuk itu berjenama Diptyque Paris dimana dalam satu kotak mengandungi enam keping ubat nyamuk serta berfungsi sebagai pewangi rumah.
Diruangan komen, ada netizen menyifatkan ianya merupakan ubat nyamuk T20 susulan harganya mencecah ratusan ringgit.
Tidak kurang juga, ada yang terkejut apabila mendapat tahu harga sekotak ubat nyamuk berkenaan.







