TEHERAN: Tentera Iran mendakwa melancarkan serangan dron ke atas Pangkalan Udara Al Minhad di Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal hari ini, lapor televisyen negara itu yang memetik kenyataan tentera.
Menurut kenyataan itu, serangan menyasarkan lokasi yang menempatkan anggota tentera dan helikopter Amerika Syarikat (AS) di pangkalan berkenaan.
Tentera Iran berkata, serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan anggota Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan orang awam Iran di Pulau Larak.
UAE belum mengulas dakwaan berkenaan, manakala Kementerian Pertahanan negara itu juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai serangan tersebut.- AGENSI
