Sempena 31 Ogos ini, pasti ramai yang teruja menyediakan sajian bertemakan Hari Kebangsaan.
Bagi yang mencari idea ringkas untuk dihidangkan di rumah, pejabat atau sekolah, pulut kuning Malaysia Madani boleh menjadi pilihan.
Hiaskan mengikut kreativiti dengan elemen dan warna Jalur Gemilang bagi menyerlahkan tema patriotik.
Bahan-bahan:
• 1 kilogram beras pulut (dicuci bersih)
• 1 sudu besar serbuk kunyit
• 3 keping asam keping
• 1 liter santan pekat (dari 3 biji kelapa)
• 2 helai daun pandan (diikat)
• Garam (secukupnya)
• Air (untuk mengukus)
• Kain kasa (untuk mengalas pengukus)
• Buah dan sayur bersesuaian (untuk hiasan)
Cara penyediaan:
• Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping semalaman.
• Didihkan air dalam pengukus.
• Toskan pulut tanpa membilasnya, kemudian masukkan ke dalam pengukus yang telah dialas dengan kain kasa. Letakkan daun pandan di atas pulut dan kukus selama 30 minit.
• Selepas 30 minit, keluarkan pulut dan leraikan di dalam dulang. Tuangkan santan yang telah dicampur sedikit garam, kemudian gaul hingga sebati dan rata.
• Kukus semula selama 40 minit atau sehingga pulut masak.
• Keluarkan pulut daripada pengukus.
• Hiaskan dengan buah-buah dan sayur-sayuran bersesuaian mengikut kreativiti masing-masing
Kredit: Arma Mohd. Faizal Abu Bakar, Instagram: @armafyzal
