Hormati titah Agong, jangan sertai perhimpunan – KPN

Hormati titah Agong, jangan sertai perhimpunan – KPN



harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan membabitkan pengampunan bantuan atau pengurangan hukuman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pengampunan mana-mana banduan atau pengurangan hukuman adalah kuasa perogatif Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub dalam perkara 42(1) dan (2), Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya apa sahaja pengampunan perlu melalui Lembaga Pengampunan dan bukan melalui perhimpunan atau apa jua saluran yang menyalahi undang-undang.

“Mana-mana perhimpunan yang tidak sah hanya akan membawa kepada ketidaktenteraman dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terbabit.

“Semua pihak harus memahami bahawa undang-undang adalah asas kepada kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan menyertai perhimpunan berhubung isu pengampunan banduan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak sekalipun seolah-olah tidak menghormati titah baginda.

Katanya, setiap rakyat perlu mendukung prinsip rukun negara terutama kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan yang juga ancang kemakmuran negara.

“Proses pengampunan adalah mekanisme perundangan yang sah dan perlu dihormati.

“Marilah kita bersama-sama memastikan keharmonian negara terus terpelihara dengan mematuhi lunas undang-undang,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top