Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kutip lebih RM76,000

Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kutip lebih RM76,000


KUALA LUMPUR – Jumlah sumbangan yang diterima Tabung Solidariti Bersama Selangor FC bermula dari 26 Jun lalu hingga hingga malam tadi mencecah sebanyak RM76,470.56.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd. Najwan Halimi mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menzahirkan sokongan dan solidariti kepada pasukan Selangor FC.

“Tabung solidariti ini akan ditutup pukul 11.59 malam tadi dan serahan sumbangan kepada pihak Selangor FC akan disempurnakan pada 3 Julai 2024  (hari ini) oleh Menteri Besar Selangor.

“Kepada yang masih berhasrat untuk menyumbang RM1 sebagai tanda solidariti kepada pasukan Selangor FC, anda boleh scan pada kod QR yang dipaparkan dalam infografik di bawah,” kata di Facebook miliknya.

Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenakan empat bentuk hukuman termasuk denda sebanyak RM100,000 kepada Selangor FC kerana ‘tidak hadir’ pada saingan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lalu.

Lembaga Pengarah MFL menetapkan denda berkenaan bakal disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.

MFL dalam satu kenyataan berkata, tiga lagi hukuman termasuk bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan MFL selain pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024/2025.

Bagaimanapun, MFL telah mengurangkan hukuman yang dikenakan daripada RM100,000 kepada RM60,000 terhadap Selangor FC sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Manakala bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan. – MalaysiaGazette

 

 



Source link

OR

Scroll to Top