Ibrahim Manusi diumum pemain baharu Harimau Selatan

Ibrahim Manusi diumum pemain baharu Harimau Selatan


Ibrahim akan menyarung jersi nombor 27 bersama skuad Harimau Selatan. Foto Facebook Johor Southern Tigers.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus memperkukuh barisan pemain mereka menjelang musim baharu Liga Super dengan membawa masuk bekas pemain tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi.

Pengumuman mengenai penyertaan pemain berusia 23 tahun itu dibuat menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

“Hanya ada satu tempat untuk melonjakkan mutu bola sepak ke tahap lebih tinggi. Selamat datang ke Harimau Selatan, Ibrahim Manusi,” menurut kenyataan itu.

Ibrahim akan menyarung jersi nombor 27 bersama skuad Harimau Selatan.

Sebelum ini, JDT turut mengumumkan kemasukan dua pemain import iaitu penyerang Brazil Jairo Da Silva dan pertahanan Sepanyol Antonio Glauder. – Bernama

 



Source link

OR

Scroll to Top