Iskandar Puteri ujian pertama Iskandar

Iskandar Puteri ujian pertama Iskandar

Iskandar Puteri ujian pertama Iskandar


KEJOHANAN Badminton Malaysia Super 100 di Iskandar Puteri, Johor bakal menjadi medan ujian pertama buat ketua jurulatih perseorangan wanita negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, sejak memulakan tugas bersama skuad kebangsaan awal bulan ini.

Menurut pengarah kejurulatihan perseorangan negara, Kenneth Jonassen, kejohanan yang berlangsung dari 14 hingga 19 Oktober di Educity Sports Complex itu akan menjadi pentas penting buat Iskandar memahami karakter sebenar anak didiknya bukan sahaja dari aspek teknikal dan taktikal tetapi juga mental dan komunikasi di gelanggang.

“Apabila anda jurulatih baharu dengan kumpulan pemain baharu, perkara paling penting ialah membina bahasa dan kefahaman yang sama.

“Latihan dan pertandingan adalah dua dunia berbeza, dan di sinilah Iskandar akan mula mengenali pemainnya secara lebih mendalam,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada Jumaat.

Jonassen berkata, kejohanan pertama ini bukan semata-mata untuk mengejar keputusan segera, sebaliknya menjadi titik mula bagi Iskandar menilai keperibadian serta corak tindak balas pemain wanita negara ketika berdepan pelbagai situasi perlawanan.

“Kita semua berharap ada kejayaan segera, tetapi saya fikir adalah tidak adil jika itu dijadikan ukuran utama. Yang penting ialah bagaimana beliau melihat pemain beraksi, duduk di belakang mereka di gelanggang, memerhati reaksi dan komunikasi dan dari situ, proses pembangunan akan bermula,” katanya.

Tambah Jonassen, maklum balas yang dikumpul Iskandar daripada kejohanan ini akan menjadi asas penting untuk merangka pendekatan latihan individu selepas ini, sesuai dengan keperluan dan potensi setiap pemain.

“Daripada perbualan kami, saya tahu beliau sudah ada pelan tersusun bagaimana mahu menggerakkan skuad ini ke hadapan. Tetapi perincian dan hala tuju individu hanya akan terbentuk selepas pengalaman sebenar di kejohanan,” ujarnya.

Selepas lebih 10 hari bersama pasukan, Jonassen mengakui sudah dapat melihat kesan positif daripada kehadiran Iskandar yang disifatkan membawa tenaga baharu dan pendekatan segar kepada kem perseorangan wanita.

“Saya sangat gembira dengan cara beliau bekerja. Tenaga, idea dan pengetahuan yang dibawa ke sesi latihan memberikan impak besar kepada suasana di dalam skuad.

“Pemain-pemain juga memberi respons positif terhadap gaya bimbingannya. Ia satu langkah bijak untuk mendapatkan khidmat beliau,” katanya.

Ringkasan AI

  • Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 di Iskandar Puteri, Johor merupakan ujian pertama untuk ketua jurulatih perseorangan wanita negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin
  • Kejohanan ini penting untuk Iskandar memahami karakter anak didiknya dari aspek teknikal, taktikal, mental dan komunikasi
  • Penting untuk membina bahasa dan kefahaman yang sama antara jurulatih dan pemain
  • Kejohanan pertama ini adalah titik mula bagi Iskandar menilai keperibadian dan corak tindak balas pemain wanita dalam pelbagai situasi perlawanan
  • Maklum balas dari kejohanan ini akan menjadi asas untuk merangka pendekatan latihan individu bagi setiap pemain



Source link

OR

Scroll to Top