“Muktamad Sharifah Akan Pakai Style Tudung Sharifah”- Elly Mazlein

“Muktamad Sharifah Akan Pakai Style Tudung Sharifah”- Elly Mazlein

“Muktamad Sharifah Akan Pakai Style Tudung Sharifah”- Elly Mazlein


Pelakon, penyanyi dan penyampai radio, Elly Mazlein menegaskan dia akan terus kekal memakai gaya tudung sepertimana yang dipakainya pada ketika ini.

Menerusi hantaran di ruangan Instagram Story (IGS), Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, mendedahkan, ramai yang peminat memintanya untuk menukar gaya tudung yang sering digayakannya.

“Ada juga yang minta Sharifah tukar style tudung. Sharifah terima semua pendapat dan menghargai.

“Tapi Sharifah muktamad akan pakai tudung cara yang Sharifah pakai sekarang ni. Selesa sangat. Terima kasih Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu,  pelantun lagu Empat Dara ini juga menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua peminat yang memberikan kata-kata sokongan kepadanya.

“Ramai bagi sokongan pada Sharifah. Terima kasih dan Sharifah amat hargai,” jelasnya.

Sebelum ini, Elly menyorot perhatian ramai pihak selepas tampil lebih sopan dan manis pada sebuah program hiburan.

Menurutnya, penampilan terbaharunya itu ikhlas dari hati dan tanpa sebarang paksaan asbab mengikuti perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

Jelasnya, perjuangan dan semangat para sukarelawan yang menyertai misi ke Gaza benar-benar menyentuh jiwanya, sekali gus membuatkan dirinya untuk berubah.



Source link

OR

Scroll to Top