July 23, 2024

Adrian Ridge Dilantik Sebagai KPE Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group

Adrian Ridge Dilantik Sebagai KPE Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group


TEMECULA, California, July 03, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Berkuatkuasa daripada 1 Julai, 2024, Adrian Ridge ialah Ketua Pegawai Eksekutif Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group, sebahagian daripada bahagian Industri Nikkiso Co. Ltd. Ridge menggantikan Peter Wagner yang kekal sebagai Pengerusi Eksekutif untuk Lembaga Nikkiso CE&IG Group.

Sebagai KPE, Ridge akan memacu keputusan operasi dan kewangan serta menyediakan Kumpulan untuk pertumbuhannya pada masa hadapan. Dalam peranan beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Wagner akan menumpukan kepada pemacuan wawasan dan strategi jangka panjang Kumpulan dalam tugas beliau sebagai penasihat.

“Saya mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Adrian bagi pihak Lembaga atas kenaikan pangkat beliau kepada KPE,” kata Wagner. “Beliau ialah seorang pemimpin yang terbukti memberikan sokongan pada waktu yang tepat kepada pertumbuhan Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases untuk pencapaian yang lebih tinggi.”

“Saya belum pernah sebegini teruja terhadap potensi sebuah syarikat seperti apa yang saya rasa terhadap Nikkiso,” kata Ridge. “Kami mempunyai semua keperluan yang tepat untuk menjadi peneraju dalam setiap pasaran yang kami ceburi dalam setiap rantau di seluruh dunia. Saya berbesar hati dan bersyukur ke atas peluang sekali seumur hidup ini.”

Perihal Adrian Ridge

Ridge menyertai Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases pada tahun 2022 sebagai EVP Pembuatan dan Operasi setelah bekerja lebih kurang 30 tahun di Atlas Copco, sebuah kilang gergasi di Sweden, dalam pelbagai peranan kepimpinan peringkat global. Beliau mempunyai ijazah Kejuruteraan Mekanikal dan MBA daripada Universiti Durham di United Kingdom.

Hubungan media
Lisa Adams
Lisa.adams@nikkisoceig.com
Telefon: +1 (405) 492-1689

Perihal Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group

Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group ialah pembekal terkemuka peralatan kriogenik, teknologi dan aplikasi untuk tenaga bersih dan segmen pasaran gas industri. Kumpulan mempunyai lebih 1,600 orang kakitangan daripada 22 negara dan diterajui oleh Cryogenic Industries, Inc. di California Selatan, A.S., anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Nikkiso Co., Ltd. (TSE: 6376).

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b3496ba9-85d1-4c91-b199-181d30747a25



Source link

OR

Scroll to Top