Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memuat naik gambar gambar tunangnya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq menikmati sarapan pagi selepas aktiviti larian pagi.
Bagaimanapun, gambar dikongsikan Bella itu menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen lebih tertumpu pada gambar di bahagian belakang telefon milik Saddiq.
BACA: Netizen Ramal 8.8.26 Tarikh Nikah Syed Saddiq, Bella Astillah
Dapat dilihat gambar jenis polaroid memaparkan Saddiq bersama Bella sekaligus membuat netizen teruja serta ada yang berseloroh mengatakan kepada pasangan itu ambillah dunia ini.
Sementara itu, ramai yang turut tumpang gembira melihat kebahagiaan Bella yang kini bersama dengan lelaki yang menghargainya.







