Arsenal makin hampir tamatkan kemarau 22 tahun

Arsenal makin hampir tamatkan kemarau 22 tahun


Penyokong Arsenal meraikan kemenangan di Stadium Emirates yang menyaksikan The Gunmers hanya selangah bergelar juara EPL musim ini. Foto Agensi

ARSENAL semakin hampir menamatkan kemarau 22 tahun tanpa kejuaraan selepas menewaskan Burnley 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, awal pagi Selasa.

Jaringan tunggal Kai Havertz pada minit ke-36 memastikan tiga mata berharga buat skuad kendalian Mikel Arteta, sekali gus meletakkan mereka lima mata di depan pencabar utama, Manchester City.

Gol itu hadir menerusi tandukan Havertz hasil sepakan penjuru tepat yang diambil Bukayo Saka, sekali gus menjadi gol ke-18 Arsenal daripada situasi bola mati dalam saingan liga musim ini.

Kemenangan tersebut memberi tekanan besar kepada City yang wajib menewaskan AFC Bournemouth bagi memastikan perebutan gelaran dibawa hingga aksi terakhir musim ini.

Jika skuad bimbingan Pep Guardiola gagal meraih kemenangan, Arsenal bakal mengesahkan kejuaraan liga pertama sejak era “Invincibles” di bawah Arsène Wenger pada 2004.

Selepas tewas 1-2 kepada City pada 19 April lalu, Arsenal dilihat semakin sukar untuk memburu takhta liga.

Namun, mereka bangkit dengan empat kemenangan berturut-turut tanpa bolos untuk kembali berada di landasan terbaik menjulang trofi.

Dalam aksi itu, Arsenal menguasai sebahagian besar permainan tetapi berdepan tentangan kental Burnley.

Saka turut menuntut sepakan penalti pada babak pertama, namun pengadil Paul Tierney tidak melayan rayuan tersebut dan keputusan itu dikekalkan video bantuan pengadil (VAR).

Arsenal hampir menggandakan jaringan pada separuh masa kedua menerusi percubaan Eberechi Eze yang terkena palang gol Burnley.

The Gunners turut menarik nafas lega apabila Havertz terlepas daripada kad merah selepas terjahan keras ke atas Lesley Ugochukwu pada minit ke-65 tidak dikenakan tindakan lanjut oleh VAR.

Walaupun terpaksa bertahan dalam suasana penuh tekanan pada penghujung permainan, Arsenal berjaya mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat untuk terus berada di ambang kejuaraan EPL selain bersiap menghadapi final Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) hujung bulan ini. – end

 

 



Source link

OR

Scroll to Top