Bolehkah solat tanpa tunggu azan selesai?

Bolehkah solat tanpa tunggu azan selesai?


LEBIH afdal untuk menunggu dan menjawab azan terlebih dahulu sebelum mendirikan solat sekiranya tiada urusan lain. Foto Canva

Soalan

Bolehkah terus mendirikan solat sebaik sahaja masuk waktu atau perlu tunggu selesai azan dikumandangkan?

Jawapan

Kewajipan untuk solat bermula dengan masuknya waktu solat dan laungan azan hanyalah untuk memberitahu waktu solat sudah tiba.

Sekiranya sudah masuk waktu solat, boleh sahaja untuk kita terus mendirikan solat walaupun azan belum dikumandangkan.

Bagaimanapun, adalah lebih baik atau afdal dan lebih utama sekiranya tiada keperluan yang mendesak, untuk kita menjawab laungan azan terlebih dahulu kerana ia merupakan sunnah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW.

Namun jika ada keperluan atau urusan lain, boleh terus untuk solat apabila masuknya waktu tanpa menunggu azan selesai dilaungkan. 



Source link

OR

Scroll to Top