Jenama syampu anti keguguran rambut Alpecin menerangkan amaran kontroversi mengenai pelabelannya mengenai salah satu komponen utama formula jenama Alpecin iaitu kafein.
Jenama itu terkenal dengan pendekatan galenik eksklusifnya, menekankan bahawa kepekatan tinggi kafein dalam produknya hanya boleh dikesan dalam folikel rambut, tetapi ia tidak dianggap sebagai doping.
Menggunakan syampu antikeguguran yang mengandungi kafein, tidak akan menimbulkan sebarang masalah walaupun satu dos pada akar rambut akan bersamaan dengan pengambilan 50 cawan kopi.
Tetapi benarkah, syampu antikegururan akan diuji positif dalam kawalan doping? Pada tahun 2004, kafein telah dikeluarkan daripada senarai bahan terlarang World Anti-Doping Agency’s (WADA).
Walau bagaimanapun, pengawasan terhadap penyalahgunaannya masih berterusan dan beberapa institusi sukan seperti National Collegiate Athletic Association (NCAA) di Amerika Syarikat (AS) mengklasifikasikan kafein sebagai bahan terlarang.
Ia berikutan, atlet masih boleh menggunakannya untuk meningkatkan prestasi dan meningkatkan daya tahan mereka.
Jenama Alpecin berusaha keras untuk menjamin ketelusan dan ketenangan fikiran untuk penggunanya.
Ini termasuk berusaha menekankan bahawa dos produknya hanya boleh dikesan dalam folikel rambut penggunanya dan tidak menjejaskan prestasi mereka dalam bidang sukan.
Amaran mengenai pelabelan produk kepada atlet dan ahli sukan mengenai aspek penting ini sejajar dengan peraturan komersil semasa.
Perhatian kepada atlet yang bertanding, Alpecin Caffein boleh dikesan dalam folikel rambut.
Pengeluarannya dan langkah berjaga-jaga global itu pada pembungkusan untuk mengelakkan kesulitan kepada atlet profesional juga telah dimasukkan oleh Dr Kurf Wolff GMBH & Co.
Selain kafein, formula Alpecin Caffeine Shampoo yang dijalankan kajian saintifik turut mengandungi zink, niasin, mentol, vitamin E dan vitamin A.
Tingkat pertumbuhan rambut
Bahan-bahan itu bertujuan untuk mengatasi kesan berbahaya pada akar rambut, melambatkan keguguran rambut dengan ketara sekaligus merangsang akar rambut setiap kali mencuci.
Hanya dalam tempoh 120 saat, kafein meresap dalam folikel rambut, menguatkan rambut yang nipis dan lemah serta meningkatkan pertumbuhan rambut semula jadi.
Alpecin turut menekankan kepentingan penyelidikan dalam menyediakan penyelesaian yan berkesan terhadap alopesia, menandakan satu kejayaan dalam pencarian produk rambut yang inovatif dan berkesan.
Bagaimanapun, eksklusiviti syampu berasaskan kafein digariskan untuk memastikan kesannya tidak boleh diulang dengan hanya meminum kopi.
Ketika ini, Alpecin memberi tumpuan kepada masalah lelaki di seluruh dunia iaitu keguguran rambut keturunan melalui produk yang mengandungi kafein.
Jenama itu dicirikan oleh kompleks kafein khas yang menghalang pengaruh negatif testosteron pada akar rambut sekaligus menghalang keguguran rambut.
Menariknya, Alpecin turut mempunyai sistem penjagaan yang komprehensif untuk kulit kepala kering, mengelupas dan berminyak.
© New Straits Times Press (M) Bhd