July 23, 2024

Bukan mudah ambil UMNO ketika tidak bergelar kerajaan – Zahid

Bukan mudah ambil UMNO ketika tidak bergelar kerajaan – Zahid


KUALA KANGSAR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui bukan mudah mengambil alih parti berkenaan apabila tidak lagi menjadi kerajaan serta parti dominan dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pelbagai kritikan dilemparkan terhadapnya termasuk dari luar mahu pun dalam parti itu sendiri yang menyalahkan kekalahan UMNO dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO diuji Allah pada PRU ke-14 di mana tidak mempunyai jumlah kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan dan ketika itulah beliau mengambil alih UMNO dalam keadaan ia tidak menjadi kerajaan.

“Jawatan hakiki saya dalam UMNO Ketika itu adalah seorang Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden dan bila Datuk Seri Najib Razak letak jawatan saya jalankan tugas hakiki Timbalan, Naib dan Presiden.

“Mudah jadi Presiden UMNO ketika menjadi kerajaan dominan tetapi susah menjadi presiden ketika UMNO bukan lagi menjadi kerajaan,” katanya ketike berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024, di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meminta ahli UMNO meletakkan diri mereka ditempat beliau ketika mengambil alih parti tersebut selepas kekalahan dalam PRU ke-14.

“Cuba letakkan diri anda dalam keadaan saya di mana wang dibekukan, dicampak ke mahkamah dengan 87 pertuduhan dan ketika itu beberapa orang yang ke mahkamah ketika saya ke mahkamah?,” soal beliau.- MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top